Wanita dan Depression

by - March 17, 2019


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini Cik Ninja telah berpeluang untuk menyertai Kolokium: Wanita dan Depression yang telah dianjurkan oleh pihak KUISCELL yang bertempat di Auditorium Said Ramadhan Al-Buti, Kolej Universiti Islam Antarabangsa  Selangor (KUIS) bermula dari jam 8:30 pagi sehinga 1:00 petang. Bagi yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan kolokium, kolokium secara ringkasnya ialah satu syarahan yang disampaikan oleh ahli yang di dalam bidang berkaitan. Para pendengar dijangkakan untuk menanyakan soalan dan menilai kerja yang dibentangkan. Takrifan ini Cik Ninja petik daripada wikepedia.

Topik yang dibawakan di dalam kolokium ini adalah sangat menarik, ditambah pula dengan dua orang panel jemputan yang berpengalaman dan banyak memberikan input berguna. Banyak yang telah Cik Ninja pelajari pada hari ini. Panel pertama ialah Encik Aiman Amri atau lebih kita kenali sebagai Aiman Psikologis. Manakala panel kedua pula ialah Puan Mahirah binti A Rashid yang merupakan seorang kaunselor di Nuur Centre Counselling & Training.

Mari kita lihat sedikit ringkasan atau rumusan perkongsian yang telah Cik Ninja dapat daripada program hari ini.

Apa yang dimaksudkan dengan kesihatan?

Perlu kita tahu bahawa kesihatan mental juga amatlah penting untuk dijaga seiring dengan kesihatan fizikal. Menurut WHO (World Health Organization), maksud kesihatan yang sebenar adalah daripada sudut fizikal, mental dan juga social well-being. Sekiranya seseorang itu kelihatan sihat daripada sudut fizikalnya, namun tidak pada mentalnya, ini bermakna dia tidaklah dikategorikan sebagai sihat yang sepenuhnya. Salah satu masalah kesihatan mental yang akan disentuh di dalam blog ini ialah berkaitan dengan Depression.

Siapa yang lebih cenderung mengalami masalah kesihatan mental Depression?

Menurut kajian, 30% daripada rakyat Malaysia mengalami masalah mental dan majoritinya adalah terdiri daripada wanita. Sebenarnya, kesihatan mental ini berkait rapat dengan emosi. Oleh kerana wanita lebih banyak menggunakan emosi, maka wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan mental. Manakala kaum lelaki pula lebih fokus dan rasional terhadap sesuatu masalah. Oleh kerana rasional ini adalah musuh terbesar bagi Depression, jaranglah kaum lelaki mengalami Depression. Namun, tidak dinafikan ada juga kaum lelaki yang mengalami Depression dan ada juga kaum wanita yang bersikap rasional.

Apa itu Depression? Apa itu Anxiety?

Depression merupakan overwhelming emotion atau satu kesedihan melampau terhadap perkara yang telah lepas. Berbeza dengan Anxiety yang merupakan kerisauan melampau terhadap masa depan. Orang yang mengalami Depression ini lebih cenderung untuk mendapat Anxiety berbanding orang yang tiada Depression, dan begitu juga sebaliknya; orang yang mengalami Anxiety adalah cenderung untuk mendapat Depression. Dua perkara ini adalah sangat berkait rapat.

Apa punca Depression?

Antara punca utama Depression adalah rasa stress. Stress ini boleh jadi bagus, dan juga boleh jadi tidak bagus buat diri kita. Stress yang berlebihan ialah stress yang tidak bagus untuk diri kita, malah  sekiranya ia tidak dikawal dengan baik, ia boleh membuatkan seseorang itu cenderung untuk mengalami Depression. Kesimpulannya, sekiranya kita stress, eloklah jika kita tidak memberi tempias stress itu terhadap orang lain. 

Cik Ninja berminat dengan satu perkongsian daripada Encik Aiman Amri tentang kitaran lori sampah. Anggap stress itu sebagai sampah. Situasinya begini; pada suatu pagi, anda sangat gembira untuk pergi ke kelas. Sebaik sahaja anda sampai di kelas, pensyarah anda telah memarahi anda kerana beliau telah membawa satu sampah (stress) lalu dia membuang sampah tersebut kepada anda. Anda terus merasa terbeban dengan sampah itu. Apabila anda pulang ke bilik, roommate anda mengajak anda untuk makan di kafe, lalu anda pula tidak pasal-pasal memarahi roommate anda untuk membuang sampah yang anda dapat daripada pensyarah anda tadi kepada roommate anda. Roommate anda rasa terbeban lalu dia membuang pula sampah itu kepada makcik yang mengambil order di kafe, dan seterusnya kitaran itu masih berlaku. 

Persoalannya: sekiranya kita membuang sampah itu kepada orang yang tidak sepatutnya, bilakah kitaran lori sampah itu akan habis? Ya, kitaran itu tidak akan habis kerana ia tidak dibuang pada tempat yang betul. Sepatutnya sampah itu perlu dibuang pada tempat yang patut.

Jadi bagaimana cara atau tempat yang patut untuk membuang sampah stress tersebut?

Nantikan sambungan perkongsian Cik Ninja pada post yang akan datang 😉



You May Also Like

1 Ninja

Leave your love letter!