Cara Menangani Rasa Stress

by - March 19, 2019

Assalamualaikum.

Sambungan daripada post Cik Ninja yang lepas berkenaan Wanita dan Depression, tentang bagaimana cara atau tempat yang patut untuk kita buang sampah stress. Stress ini apabila terlalu berkurangan di dalam kehidupan kita, ia akan menjadikan kita seorang yang tidak produktif kerana terlalu leisure. Namun, apabila berlebihan pula akan menyebabkan seseorang itu cenderung mengalami Depression dan Anxiety.



Antara cara yang betul untuk membuang sampah stress ini adalah dengan melakukan senaman. Cara ini sebenarnya amat berkesan kerana dengan bersenam, fizikal kita akan berasa letih dan seterusnya kita dapat melupakan rasa stress yang membelenggu tadi. Jadi, tidak perlulah kita membuang sampah stress kita terhadap orang lain yang tidak berkaitan dengan cara marah-marah. 😉



Antara cara lain pula adalah dengan berzikir, solat, membaca Al-Quran dan ibadah lain yang boleh mengisi rohani kita. Tidak dapat dinafikan bawaha cara ini amat membantu melegakan stress. Apabila rohani sudah terisi dengan ibadah, stress juga akan turut hilang.

Kesimpulannya, rasa stress kita perlu dikawal dan ditangani dengan betul. Seperti di dalam perkongsian tentang kitaran lori sampah di dalam perkongsian sebelum ini, perkara tersebut tidak wajar dilakukan; iaitu melepaskan stress terhadap orang lain yang tidak berkenaan. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan selain daripada melepaskan kemarahan terhadap orang lain.

Dua cara yang Cik Ninja nyatakan di dalam blog ini hanya merupakan cadangan untuk melepaskan stress di tempat yang betul sahaja. Sebenarnya banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan untuk tangani rasa stress dengan betul. Kalau Cik Ninja sendiri, apabila stress sahaja Cik Ninja akan mula sibukkan diri dengan hobi Cik Ninja sama ada menonton drama, membaca buku, atau apa sahaja yang boleh distract Cik Ninja dari memikirkan rasa stress tersebut.

Bagaimana pula dengan anda? Cara yang bagaimanakah anda akan guna untuk tangani rasa stress anda?

Boleh tinggalkan komen dan share tips atau cara anda menangani rasa stress anda! 😁



You May Also Like

0 Ninja

Leave your love letter!