Doa Bulan Rejab

by - March 08, 2019


Assalamualaikum.

Lama betul rasanya Cik Ninja tak menulis di blog ini semenjak masuk ke alam universiti. Kali terakhir post di dalam blog ini adalah pada tahun 2017. Cik Ninja rasa macam nak mula berjinak-jinak kembali dalam dunia blogging.

Alhamdulillah, sedar tidak sedar, kita sudah pun memasuki bulan Rejab 1440H. Tinggal lagi lebih kurang 60 hari untuk kita masuk ke bulan Ramadhan. Kepada yang masih belum ganti puasa, cepat-cepatlah lunaskan hutang anda itu ya! Hari ini Cik Ninja akan berkongsi sedikit tentang bulan Rejab dan amalan yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Rejab.

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah . Tambahan pula, Allah SWT juga berfirman berkaitan bulan Haram ini di dalam surah al-Taubah.

  • Firman Allah SWT:

إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ 
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”. [al-Taubah:36]


Amalan di dalam bulan Rejab


Di antara amalan di bulan Rejab ialah memperbanyakkan  istighfar. Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud:


“Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah setiap saat di bulan Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka,dan sesungguhnya Allah mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab.” (al- Dailami)

ٍAntara amalan istighfar para salaf ialah
Amalan ini biasa diamalkan sebanyak 70 kali pada setiap kali selepas solat fardhu Isyak.

Antara amalan baik lain yang boleh dilakukan ialah membaca doa yang berikut:

Di sepanjang bulan Rejab ini, marilah kita mempersiapkan diri kita dengan penuh sedia untuk memasuki bulan Ramdhan yang bakal mendatang. Semoga kita semua dapat istiqamah.

Salam Rejab,
Cik Ninja.

You May Also Like

2 Ninja

Leave your love letter!