Tarikh dan Cara Semakan Keputusan SPM 2018

by - March 12, 2019


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Berdasarkan semakan Cik Ninja di dalam laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Cik Ninja mendapat info bahawa keputusan SPM untuk calon yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2018 akan keluar pada tarikh 14 Mac 2019 bersamaan dengan hari Khamis ini. 

Aduh, Cik Ninja pula yang berdebar ye adik-adik. 😅

Berikut adalah maklumat lengkap tentang informasi tarikh rasmi keputusan SPM 2018 berdasarkan kenyataan rasmi di dalam laman web Kementerian Pendidikan Malaysia dan bagaimana adik-adik boleh mendapatkan keputusan SPM sama ada secara manual melalui sekolah atau secara online.

TARIKH: 14 MAC 2019 (KHAMIS)
JAM: 10 PAGI

Berikut Cik Ninja akan kongsikan pula bagaimana cara untuk menyemak keputusan SPM adik-adik.
1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan SPM mereka dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada 14 Mac 2019.
2. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2018 

Cara Pertama: Semakan Keputusan SPM Online
Ringkasan keputusan SPM boleh disemak secara online

  • SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia
Sistem semakan online ini hanya akan diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan. Jadi kalau adik-adik sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan adik-adik sepanjang perjalanan ke sekolah, adik-adik bolehlah buat semakan online terlebih dahulu. 😅

Cara Kedua: Semakan Keputusan SPM Melalui Aplikasi Mobile
Keputusan SPM juga boleh disemak melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun di Google Play bagi Android.

Cara Ketiga: Keputusan SPM Melalui SMS
KPM telah menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888. Cara semakan adalah seperti berikut:
Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K/P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888 
Sistem semakan SMS ini juga akan diaktifkan bermula dari jam 10 pagi tarikh keputusan peperiksaan diumumkan dan berakhir pada jam 6 petang 20 Mac 2019. Jadi kalau adik-adik sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan adik-adik sepanjang perjalanan ke sekolah, adik-adik bolehlah buat semakan SMS terlebih dahulu. Tetapi perlu maklum bahawa pengguna akan dicaj sebanyak 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.

Buat calon persendirian, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM anda kerana ia akan dipos ke rumah anda. Sementara menunggu slip anda sampai, anda boleh menyemak dahulu keputusan SPM anda melalui tiga cara ini. 

Sebagai calon persendirian SPM 201_ beberapa tahun yang lepas, Cik Ninja lebih memilih untuk menyemak keputusan dengan menggunakan cara pertama kerana lebih cepat dan mudah! Ya lah, segalanya di hujung jari sahaja. Adik-adik hanya perlukan data atau wi-Fi sahaja.

Cik Ninja doakan, semoga adik-adik yang membaca post Cik Ninja ini mendapat keputusan SPM yang terbaik di dalam hidup adik-adik. Bersyukurlah walau apa pun keputusan yang adik-adik dapat nanti, kerana itulah hasil usaha adik-adik selama ini. Berhati-hati lah dengan apa yang adik-adik minta pada Tuhan. Ingat ya adik-adik, minta apa yang terbaik untuk diri adik-adik! 😉

Selamat menyemak keputusan SPM adik-adik Cik Ninja yang dikasihi! 

You May Also Like

1 Ninja

  1. perkongsian yang baik dan manfaat untuk para pelajar😁...mintak izin ntuk share boleh?

    ReplyDelete

Leave your love letter!