Cara Renew Sijil SSM Secara Online Guna EzBiz SSM

by - May 05, 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siapa ingat Cik Ninja pernah cerita tentang Cara Mendaftar SSM tahun lepas? Ha, anda kena tahu yang sijil SSM kita tu valid untuk setahun sahaja tau. Apabila sudah tamat tempoh tersebut, mesti lah kena renew bukan?

Al-kisahnya, Cik Ninja terlupa bila tarikh luput sijil SSM Cik Ninja. Bila teringat, eh baru gelabah nak tengok dalam sistem EzBiz SSM. Rupanya dah 4 hari siijil SSM mati. Sudahnya kena kompaun! Padan muka... sibuk tengok drama lagi 😆

Jadi, anda jangan la buat kesilapan yang sama macam Cik Ninja ye. Sentiasa alert dengan tarikh atau perkara-perkara sebegini. Mari Cik Ninja tunjukkan cara renew sijil SSM guna EzBiz SSM je!


Cara renew sijil SSM guna EzBiz SSM

(1) Pertama sekali mesti lah buka link https://ezbiz.ssm.com.my/? dan sign in ID anda.



(2) Kemudian, pilih My Business Services > Renewal by Owners.



(3) Apabila keluar paparan senarai nama business anda, pilih butang Action.



(4) Lengkapkan renewal form anda dan teruskan dengan Proceed to Payment.


Compund Amount: Jumlah kompaun yang dikenakan sekiranya anda lewat renew lesen macam Cik Ninja 😂 Cik Ninja dikenakan kompaun sebanyak RM20.
Business Info: Pilih YES. Caj bagi Business Info adalah sebanyak RM10.
No of Years: Ikut pilihan dan kemampuan anda. Renew setahun adalah sebanyak RM60 bagi Trade Name, dan RM30 bagi nama sendiri, jadi kalau anda berkemampuan untuk bayar 3-5 tahun sila lah berbuat demikian.
Total Amount: Jumlah keseluruhan bayaran yang akan dibayar oleh anda. Sekiranya tanpa kompaun, jumlah bayaran untuk setahun termasuk Business Info adalah sebanyak RM70, dan dalam kes Cik Ninja adalah sebanyak RM90 termasuk kompaun. 


(5) Buat bayaran melalui online banking kalau nak mudah. Tak perlu susah-susah ke kaunter untuk bayar.



(6) Apabila sudah selesai, pilih My Business Services > Renewal History dan paparan seperti gambar di bawah akan muncul. Tekan butang Action untuk lebih detail.



(7) Anda boleh terus download dan print SSM Certificate serta Busniess Info yang sudah diperbaharui. Jangan tunggu lama-lama sebab kedua-dua dokumen ini hanya valid untuk download selama 14 hari  sahaja selepas permohonan berjaya tauu.



Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda. Share jika bermanfaat! 😉

You May Also Like

1 Ninja

Leave your love letter!