Food Review : Chicken Plus

by - February 25, 2020


Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak update (ayat cliche 🤫), hari ini Cik Ninja nak nak mula menulis kembali dengan publish satu post yang dah lama terperam dalam blog ini, iaitu Food Review! Makanan yang Cik Ninja nak review pada post ini tentang Restoran Chicken Plus.

Sebenarnya Cik Ninja teringin sangat makan K-Fry, tapi sebab faktor jauh dan kempunan yang amat sangat, sepupu Cik Ninja suggest makan kat Chicken Plus ni. Harganya sangat berbaloi. Cik Ninja dah repeat sebanyak 3 kali di tempat yang berbeza. Jadi, Cik Ninja nak share dengan anda berkenaan harga dan rasa untuk beberapa menu yang telah Cik Ninja cuba secara jujur ya. Paling penting, review ini adalah tidak berbayar okay! 😂


AMARAN: CIK NINJA TAK BERTANGGUNGJAWAB KALAU POST INI MEMBUAT ANDA RASA LAPAR 🤭


Chicken Plus, Central i-City Shah Alam, 22 April 2019.

Ini adalah kali pertama Cik Ninja makan di sini. Chicken Plus ni kebiasaannya terletak di sebelah Restoran Mr. Dakgalbi. Disebabkan cousin Cik Ninja recommend sangat tempat ini, jadi Cik Ninja decided untuk makan dengan rakan Cik Ninja di sini. Oleh kerana lapar sangat, tak sempat Cik Ninja nak tangkap gambar menu. Tapi Cik Ninja akan bagitau nama menu dan harganya sekali okay!

Menu: Boneless Yang-Nyeom Chicken | Harga: RM 29.00 | Saiz: Medium (lebih kurang 16 ketul ayam) | Add-on: Cheese Falls RM 9.00 | Rating: 5/5 🌟🌟🌟🌟🌟

Rasanya yang manis dan pedas-pedas manja sangat kena dengan tekak dan selera Cik Ninja. Kalau anda bukan penggemar makanan Korea, flavor ini amat disarankan oleh Cik Ninja. Memang sedap tau! Dan jangan lupa tambah Cheese Falls, biar ada rupa ala-ala K-Fry sikit 😂 (Cik Ninja tak sempat record masa dia tabur cheese tu)

Menu: Pepperoni Pizza | Harga: RM 23.00 | Rating: 4/5 🌟🌟🌟🌟

Roti pizza ni sedap dan lembut. Cuma cheese yang berlebihan membuat kami agak muak. Mungkin kerana kami makan Yang-Nyeom Chicken dengan cheese, jadi padanan itu agak tak kena. Overall, okay sahaja. 



Ini adalah gambar keseluruhan menu pilihan kami berdua. Side dishes yang mereka hidangkan ialah kobis dengan topping mayonnaise serta jeruk lobak putih. Rating untuk jeruk lobak putih ialah 5/5 manakala untuk kobis pula Cik Ninja nak bagi 3/5 sebab sayurnya agak pahit.

Gambar: Sony Xperia XZS, Edited using Adobe Lightroom + Snapseed

Chicken Plus, Central i-City Shah Alam, 14 Jun 2019.

Hai semua. Hari ini Cik Ninja makan lagi di Chicken Plus Central i-City. Kali ini Cik Ninja ajak adik dan cousins Cik Ninja pula untuk makan di sini. Ada beberapa menu baru yang Cik Ninja dah cuba tau. Senarai menu pun Cik Ninja sempat snap untuk tatapan kalian!


Inilah senarai menu di restoran Chicken Plus.




Step nak order pun dia dah bagi dah dalam menu tu. Mula-mula, pilih bahagian ayam yang kita nak, kemudian pilih flavor. Lepas itu boleh la nak add-on menu lain atau cheese dan sebagainya.

Kali ini, selain Yang-Nyeom Chicken yang merupakan kegemaran Cik Ninja, Cik Ninja order 2 menu lain untuk dicuba.


Menu: Boneless Hot Shocking Chicken | Harga: RM 29.00
Saiz: Medium (lebih kurang 16 ketul ayam) | Rating: 4/5 🌟🌟🌟🌟

Rasa flavor Hot Shocking ni pedas-pedas memang terkejut la pedas dia, sesuai dengan nama yang diberikan. Cuma time Cik Ninja makan ayam flavor ni, rasa dia ada macam paprik sikit. Pelik, tapi itulah yang Cik Ninja rasa! Memang beza dengan Yang-Nyeom tu. Dan Cik Ninja rasa flavor ni tak sesuai dipadankan dengan Cheese Fall kalau anda seorang penggemar makanan pedas. Nanti hilang rasa pedas tu. Overall, ayam ni okay sahaja. Kepedasannya bukanlah tahap melampau. 

Menu: Ho-ro-rok Tteok Bboki | Harga: RM 20.00 | Rating: 5/5 🌟🌟🌟🌟🌟

Menu ini paling fav! Dalam banyak-banyak tteokbbokki yang Cik Ninja pernah rasa, I have to say tteokbbokki kat Chicken Plus ni lah yang paling lembut dan senang kunyah. Kuah dia sangat sedap, fish cake dia pun banyak! Paling best, ada tteokbbokki yang ada cheese kat dalam dia. So bila kunyah tu, Ma Shaa Allah! 🤤
Gambar: Samsung Galaxy A30 Edited using by Adobe Lightroom + Snapseed

Kesimpulannya, menu kali ini Cik Ninja kongsi dengan cousins seramai 7 orang termasuk Cik Ninja. Memang berbaloi sangatlah. Makan ramai-ramai lagi nikmat tau! Nikmat kasih sayang gitu, selain daripada nikmat makan sedap! Jadi, Cik Ninja recommend tempat ini pada anda yang baru nak try makan di restoran Chicken Plus. Akan datang, Cik Ninja akan review Chicken Plus di tempat lain pula.

See you on the next post!

You May Also Like

0 Ninja

Leave your love letter!