Cara Mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan dengan SSM

by - April 12, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kepada mahasiswa mahasiswi yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di luar sana, sama ada secara online atau offline, adakah kalian sudah mendaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)?

Haa, jangan ingat berniaga kecil-kecilan tidak perlu untuk daftar SSM ya!

Cik Ninja nasihatkan supaya daftarlah perniagaan kalian cepat-cepat walaupun berniaga kecil-kecil secara online.


Apa kelebihan daftar perniagaan dengan SSM?

Berikut ialah antara kelebihan mendaftar SSM. 

1. MUDAH DAN MURAH
Proses yang sangat mudah, lebih lagi dengan wujudnya perkhidmatan secara online. Segalanya di hujung jari sahaja. Kalau pergi kaunter di pejabat SSM pun, servisnya sangat pantas walaupun ramai orang. Pendaftaran pula PERCUMA untuk mahasiswa IPT yang mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Best bukan? Kalau anda bukan student pun cuma bermodalkan lebih kurang RM60 sahaja setahun!

2. LEBIH DIPERCAYAI
Dengan pelbagai jenis tipu daya dan scam dalam perniagaan sekarang, para pembeli mesti akan lebih berjaga-jaga dalam memilih peniaga. Apabila kita telah berdaftar dengan SSM, pembeli pasti lebih yakin dan percaya untuk beli produk atau barang perniagaan kita. Tunjukkan nombor pendaftaran secara terang tang-tang agar tiada keraguan. Pembeli sendiri boleh menilai sama ada anda boleh dipercayai atau tidak. Kalau peniaga yang suka scam orang ni, agak-agaknya mereka berdaftar tak dengan SSM? 🤔

3. BOLEH BUKA AKAUN SEMASA
Apabila sudah berdaftar dengan SSM, anda boleh apply untuk buka Akaun Semasa atau Current Account untuk syarikat anda. Sebenarnya penting untuk kita asingkan akaun peribadi atau akaun simpanan kita dengan akaun semasa. Tak adalah kita 'ter'guna duit di dalam akaun simpanan tu. Cik Ninja pernah baca juga yang kalau banyak sangat transaksi keluar masuk dalam akaun simpanan kita, boleh jadi akaun itu akan dibekukan atau diblok terus oleh pihak bank. Jadi, lebih baik buka akaun semasa khusus untuk perniagaan ya!

4. TERTAKLUK PADA UNDANG-UNDANG
Bila berdaftar dengan SSM ni, perniagaan kita akan dikenali sebagai sebuah entiti yang sah. Kalau ada apa-apa masalah semasa berurusan, kita pun ada dokumen untuk buat laporan atau buat tuntutan. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ada menyatakan bahawa sebarang pernigaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya.

5. SEBAGAI MOTIVASI DI DALAM PERNIAGAAN
Bila sudah berdaftar ni, secara automatik kita akan lebih bermotivasi untuk menguruskan perniagaan kita dengan lebih tersusun. Urusan untuk memohon dana atau geran bagi tujuan memajukan perniagaan juga lebih mudah dengan adanya dokumen yang sah.

Banyak kan kelebihan yang kita boleh dapat dengan mendaftarkan perniagaan dengan SSM ni? Tak ada lah takut-takut kalau terjadi apa-apa kan. Kelebihan-kelebihan ini Cik Ninja petik dari blog SirapLimau.


Cara mendaftar EzBiz SSM

EzBiz merupakan portal yang digunakan untuk mendaftarkan perniagaan secara online.

Berikut merupakan langkah-langkah mudah beserta gambar. Cara ini boleh diikuti sekiranya anda ingin menjimatkan masa anda yang begitu berharga!

(1) Buka link https://ezbiz.ssm.com.my/? dan Sign Up. ID tu nombor kad pengenalan kita tau!


Bila dah selesai isi, tekan Register dan anda akan dapat notifikasi seperti ini pada e-mail anda.



(2) Bila dah terima e-mail berupa di atas, pergi ke kaunter SSM yang berdekatan di tempat anda untuk aktifkan ID dengan cara membuat pengesahan cap jari. Beberapa minit selepas buat pengesahan cap jari, anda akan dapat notifikasi lagi yang menyatakan bahawa akaun EzBiz anda telah aktif. 


Ikut tips ini. Sign up siap-siap di rumah, sahkan ID di kaunter SSM. Proses pengesahan ini hanya dibuat sekali seumur hidup. Selepas itu, anda boleh daftarkan perniagaan anda secara online sahaja!


Cara mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan dengan SSM

Kebelakangan ini timbul kesedaran di dalam diri Cik Ninja untuk mendaftarkan perniagaan Cik Ninja. Cik Ninja memang suka berniaga sejak zaman sekolah lagi. Walaupun secara kecil-kecilan, penting untuk kita mendaftarkan perniagaan kita ini. Lebih-lebih lagi dengan adanya Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan daripada SSM ini, agak rugi sekiranya mahasiswa mahasiswi yang ada perniagaan kecil tidak mengambil peluang ini. Pendafaran percuma weh!

Pagi tadi selesai sahaja Cik Ninja sahkan ID EzBiz, terus Cik Ninja daftarkan perniagaan Cik Ninja secara online sahaja.

(1) Sign in ID EzBiz, pilih My Business Services > New Business.


(2) Lengkapkan Main Information.
Bagi Name Type, pilih Personal Name jika anda ingin daftarkan nama perniagaan menggunakan nama anda sendiri. Trade Name pula sekiranya anda ingin daftarkan nama perniagaan selain daripada nama anda.



Pilih Incentive Student sekiranya anda mendaftar skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Sila pilih YES untuk Business Info.


(2) Isi alamat cawangan sekiranya berkaitan.


(3) Isi jenis perniagaan anda. Minimum 1 dan maksimum 3 jenis. Anda boleh membuat carian di bahagian kod bisnes yang telah disediakan sebagai rujukan.


(4) Sekiranya anda mempunyai rakan kongsi, masukkan maklumat rakan kongsi anda, dengan syarat rakan anda juga merupakan seorang pelajar.


(5) Sertakan gambar Surat Pengesahan Pelajar, Kad Matrik, dan IC anda di dalam satu fail dengan menggunakan formatkan PDF.


(6) Buat bayaran melalui online banking sambil goyang kaki dan hirup kopi secawan. ☕

Sekiranya anda mendaftar dengan nama sendiri, jumlah bayarannya adalah sebanyak RM30, manakala nama selain nama anda adalah sebanyak RM60.

Semudah alif ba ta, bukan? Dan tengoklah sendiri, memang percuma! 

Tapi kena ingat, percuma ini untuk tempoh setahun sahaja. Nanti kalau nak renew untuk tahun seterusnya, kena bayar RM60 macam biasa okay. 😉

Business Info tu beli siap-siap, ada caj tambahan RM10 sahaja. Itu pun percuma juga tau kalau daftar di bawah skim ini. Kalau anda beli asing, kena caj RM15.

Apa gunanya Business Info ni? Ia berguna ketika kita nak apply untuk buka akaun semasa nanti. 

Nah, sekarang kita hanya perlu tunggu nama perniagaan kita untuk diluluskan sahaja!

Semoga panduan ini bermanfaat untuk kalian. Share jika bermanfaat! 😉

You May Also Like

34 Ninja

  1. Nak tanya kalau yg daftar then byr rm60 tu kna attach jgk ke slinan ic, kad matrik n surat pngesahan plajar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis Ika. Terima kasih kerana sudi baca post CikNinja. Salinan kad matrik dan surat pengesahan pelajar hanya perlu untuk skim 1 pelajar 1 perniagaan sahaja. Kalau yang biasa tak perlu rasanya :)

      Delete
  2. Kalau saya dftr yang byr rm60 tu.. still kena attachkan sekali ke slinan kad matrik, ic n surat pngesahan pljr ?

    ReplyDelete
  3. maksudnya walaupun daftar online tapi perlu jugak ke pejabat ssm utk pengesahan cap jari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf mencelah. tak silap sy perlu. tapi bila pkp ni rasanya boleh berurusan dengan email. Lampirkan gambar dengan pegang ic. Boleh rujuk portal rasmi SSM utk makluman lanjut.

      Delete
  4. maksudnya walaupun daftar online tapi perlu jugak ke pejabat ssm utk pengesahan cap jari?

    ReplyDelete
  5. maksudnya walaupun daftar online tapi perlu jugak ke pejabat ssm utk pengesahan cap jari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam encik Fahmi_Carpenter. Terima kasih kerana membaca post Cik Ninja. Ya, sewaktu saya daftar tahun lepas, macam tu caranya. Perlu ke pejabat ssm terdekat untuk pengesahan cap jari.

      Delete
  6. Aslm. saya dah daftar tapi dapat query dari SSM. kan ada 3 file yang perlu dihntr oleh student macam saya. macam mana nak include kat semua sbb boleh select satu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis Unaa. Terima kasih kerana sudi baca post CikNinja. Macam ni, ketiga-tiga fail tu, cik sekalikan di dalam Words kemudian convert ke dalam PDF dan submit. Semoga membantu!

      Delete
  7. hi saya nk tanya kalau status data entry dan yg kita isi tu dekat column incentive tu dikira dh submit kan ? so tunggu nak approve saja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Encik Aiman terima kasih kerana baca post Cik Ninja. Betul tu tunggu nak approve saja. Harap2 permohonan SSM encik sudah diapprove!

      Delete
  8. Salam Cik Ninja, kalau student belum dapat kad matrik boleh daftar guna surat tawaran tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, terima kasih kerana sudi baca post Cik Ninja. Mengikut syarat yang ditetapkan, salinan kad matrik perlu disertakan. Cik Ninja tak pasti sekiranya surat tawaran boleh digunakan.

      Delete
  9. macam mana nak membuat pendaftaran under pelajar ni? ada link tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Bella, terima kasih kerana baca post Cik Ninja.
      Untuk buat pendaftaran ni sis Bella cuma perlu ikut langkah yang Cik Ninja tulis pada posting blog ini sahaja.

      Delete
  10. Saya dah daftar dan bayar RM70....tak perasan ada geran pelajar...ada cara claim balik RM70?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Dania, terima kasih kerana sudi baca blog Cik Ninja.
      Maaf, Cik Ninja tak pasti pula sama ada boleh claim atau tidak.

      Delete
  11. Saya nak tanya kenapa x boleh upload file pelajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong reply segera 😭😭

      Delete
    2. Hi sis Izza, terima kasih kerana sudi baca blog Cik Ninja.
      Maaf, Cik Ninja tak pasti mungkin ada masalah sistem. Sis Izza boleh cuba upload sekali lagi.

      Delete
  12. Hi saya nak tanya saya dah daftar ssm dekat registeration bahagian query takde papae tapi dalam incentive ada dua business . kenapa ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Nur Aqila. Terima kasih kerana sudi baca blog Cik Ninja dan maaf sangat kerana lewat baca dan reply komen sis. Harap masalah tersebut sudah selesai.

      Delete
  13. Assalamu'alaikum sis, nak tanya. Kenapa kat bahagian incentive tak de pilihan Skim 1 Student 1 Perniagaan. Yang ada hanya untuk OKU dan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatan. Macam mana ye sis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sis Nurhidayah. Terima kasih kerana baca blog Cik Ninja. Setahu Cik Ninja, Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin ni salah satu skim baru untuk daftar SSM secara percuma, bukan sahaja untuk pelajar, malah untuk ibu tunggal dan belia golongan b40. Jadi, lepas ini pelajar boleh daftar guna skim ini. Nanti Cik Ninja akan update! Terima kasih kerana beritahu tentang dua skim baru ini.

      Delete
  14. Hai cik ninja! Terima kasih ats perkongsian. Cuma nak tnya Harga RM 60 untuk renew tahun seterusnya itu untuk perniagaan yg Kita dftr atas nama sendiri & selain nama sendiri ya? Cuma dftr jela beza Harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Fadh. Terima kasih juga kerana baca blog Cik Ninja. Maaf sangat ya lewat reply. Harga tu juga untuk renew setiap tahun bagi perniagaan yang berdaftar selain nama sendiri. Kalau nama sendiri lebih murah, RM30 atau RM40 macam tu tak silap cik ninja.

      Delete
  15. hai cik ninja! kalau saya daftar untuk skim tu dan bukan guna nama sendiri, masih perlu membuat bayaran juga ke ? sebabkan skim tu free?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aqilah Khaleeda. Terima kasih kerana baca blog Cik Ninja. Maaf sangat ya lewat reply. Untuk rujukan pembaca lain akan datang, tidak perlu buat bayaran walaupun guna nama lain sebab skim ini free tetapi hanya untuk pendaftaran sahaja.

      Delete
  16. salam cik ninja, saya dah register ezbiz ssm online tu dah lama tapi saya tidak walk-in ke kaunter ssm dalam tempoh 14 hari untuk aktifkan id ssm & dapatkan pengesahan cap jari. Adakah akaun yg saya register tu masih boleh diaktifkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Syaqirah. Terima kasih kerana baca blog Cik Ninja. Maaf sangat ya lewat reply. Berkenaan ini cik ninja tak pasti. Mungkin boleh call terus ke pejabat SSM. Kalau sudah ada jawapan boleh kongsikan jawapan di sini? mungkin boleh jadi rujukan pembaca lain untuk akan datang ^^

      Delete
  17. hi nak tanya, untuk student kalau attach kad matric dan ic dah cukup ke? lepastu ada error "For online seller please add additional related business code" tu macam mana ya? hehe terima kasih

    ReplyDelete
  18. Hi nak tanya, apa jadi kalau kita tak jawab query dalam masa 30 hari ?

    ReplyDelete

Leave your love letter!