Cara Buka Akaun SSPN Secara Online

by - June 30, 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masa waktu diploma dulu, Cik Ninja pernah menangis stress sebab nak mohon PTPTN. Maklumlah, apa pun tak tahu sebab sebelum ni apa-apa mesti parents yang tolong settlekan. Bila dah besar dah masuk IPT, semuanya kena buat sendiri. Jadi masa tu bila nak mohon PTPTN, baru Cik Ninja tahu kita kena ada akaun SSPN. 

Waktu tu KUIS ada sediakan borang nak buka akaun SSPN apa semua tapi sebab Cik Ninja agak ketinggalan info Cik Ninja pun terlepas tarikh tutup permohonan nak buka akaun SSPN melalui KUIS tu. Memandangkan Cik Ninja seorang introvert dan susah nak bertanya atau call orang, Cik Ninja menggunakan kuasa maklumat di hujung jari dan google segala info tentang SSPN dan PTPTN sambil panik dan menangis tersedu-sedan rasa nak give up. Nak harapkan tanya orang sekeliling, masing-masing parents tolong settlekan dan tak tahu apa-apa. 😂 

Jadi hari ini Cik Ninja nak share dengan anda cara buka akaun SSPN secara online tanpa panik, (mana tahu ada pembaca yang sejenis cepat panik macam Cik Ninja) alang-alang Cik Ninja tengah tolong daftarkan akaun adik.

Cara buka akaun SSPN


(2) Kemudian, pilih e-Perkhidmatan > SSPN-i > Pembukaan Akaun / Penambahan Deposit SSPN-i.
      Jangan pilih SSPN-i Plus tau sebab tu untuk simpanan bulanan.


(3) Anda akan dibawa ke laman ini ; https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/ > Pilih Pembukaan Akaun



(4) Lengkapkan renewal form anda dan teruskan dengan Proceed to Payment.








*Hiatus
**Updated on 13 Disember 2020

Deposit perlu sekurang-kurangnya RM20. Setelah selesai, anda terus akan dapat nombor SSPN. Salin dan simpan baik-baik tau nombor tersebut. Penting untuk diisi semasa nak isi borang PTPTN.

(5) Buka link ini https://www.ptptn.gov.my/sspn-online-registration-webapp/registration/edit dan terus buka akaun E-SSPN ya!

Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda. Share jika bermanfaat! 😉

You May Also Like

0 Ninja

Leave your love letter!