NINJA SEPET © 2012-2019. Powered by Blogger.
  • Home
  • Tutorial
    • Blog
    • Photoshop
    • Freebies
  • Resepi
  • Review
  • Business
    • Abaya Niqab
    • Teega Snack
    • ShiroiPay
    • Shopee
    • Tempahan Edit
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ηιηנα

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masa waktu diploma dulu, Cik Ninja pernah menangis stress sebab nak mohon PTPTN. Maklumlah, apa pun tak tahu sebab sebelum ni apa-apa mesti parents yang tolong settlekan. Bila dah besar dah masuk IPT, semuanya kena buat sendiri. Jadi masa tu bila nak mohon PTPTN, baru Cik Ninja tahu kita kena ada akaun SSPN. 

Waktu tu KUIS ada sediakan borang nak buka akaun SSPN apa semua tapi sebab Cik Ninja agak ketinggalan info Cik Ninja pun terlepas tarikh tutup permohonan nak buka akaun SSPN melalui KUIS tu. Memandangkan Cik Ninja seorang introvert dan susah nak bertanya atau call orang, Cik Ninja menggunakan kuasa maklumat di hujung jari dan google segala info tentang SSPN dan PTPTN sambil panik dan menangis tersedu-sedan rasa nak give up. Nak harapkan tanya orang sekeliling, masing-masing parents tolong settlekan dan tak tahu apa-apa. 😂 

Jadi hari ini Cik Ninja nak share dengan anda cara buka akaun SSPN secara online tanpa panik, (mana tahu ada pembaca yang sejenis cepat panik macam Cik Ninja) alang-alang Cik Ninja tengah tolong daftarkan akaun adik.

Cara buka akaun SSPN

(1) Pertama sekali buka link https://www.ptptn.gov.my/perkhidmatan-menu/perkhidmatan-sspni-menu

(2) Kemudian, pilih e-Perkhidmatan > SSPN-i > Pembukaan Akaun / Penambahan Deposit SSPN-i.
      Jangan pilih SSPN-i Plus tau sebab tu untuk simpanan bulanan.


(3) Anda akan dibawa ke laman ini ; https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/ > Pilih Pembukaan Akaun



(4) Lengkapkan renewal form anda dan teruskan dengan Proceed to Payment.








*Hiatus
**Updated on 13 Disember 2020

Deposit perlu sekurang-kurangnya RM20. Setelah selesai, anda terus akan dapat nombor SSPN. Salin dan simpan baik-baik tau nombor tersebut. Penting untuk diisi semasa nak isi borang PTPTN.

(5) Buka link ini https://www.ptptn.gov.my/sspn-online-registration-webapp/registration/edit dan terus buka akaun E-SSPN ya!

Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda. Share jika bermanfaat! 😉

Share
Tweet
Pin
Share
No Ninja
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siapa ingat Cik Ninja pernah cerita tentang Cara Mendaftar SSM tahun lepas? Ha, anda kena tahu yang sijil SSM kita tu valid untuk setahun sahaja tau. Apabila sudah tamat tempoh tersebut, mesti lah kena renew bukan?

Al-kisahnya, Cik Ninja terlupa bila tarikh luput sijil SSM Cik Ninja. Bila teringat, eh baru gelabah nak tengok dalam sistem EzBiz SSM. Rupanya dah 4 hari siijil SSM mati. Sudahnya kena kompaun! Padan muka... sibuk tengok drama lagi 😆

Jadi, anda jangan la buat kesilapan yang sama macam Cik Ninja ye. Sentiasa alert dengan tarikh atau perkara-perkara sebegini. Mari Cik Ninja tunjukkan cara renew sijil SSM guna EzBiz SSM je!


Cara renew sijil SSM guna EzBiz SSM

(1) Pertama sekali mesti lah buka link https://ezbiz.ssm.com.my/? dan sign in ID anda.



(2) Kemudian, pilih My Business Services > Renewal by Owners.



(3) Apabila keluar paparan senarai nama business anda, pilih butang Action.



(4) Lengkapkan renewal form anda dan teruskan dengan Proceed to Payment.


Compund Amount: Jumlah kompaun yang dikenakan sekiranya anda lewat renew lesen macam Cik Ninja 😂 Cik Ninja dikenakan kompaun sebanyak RM20.
Business Info: Pilih YES. Caj bagi Business Info adalah sebanyak RM10.
No of Years: Ikut pilihan dan kemampuan anda. Renew setahun adalah sebanyak RM60 bagi Trade Name, dan RM30 bagi nama sendiri, jadi kalau anda berkemampuan untuk bayar 3-5 tahun sila lah berbuat demikian.
Total Amount: Jumlah keseluruhan bayaran yang akan dibayar oleh anda. Sekiranya tanpa kompaun, jumlah bayaran untuk setahun termasuk Business Info adalah sebanyak RM70, dan dalam kes Cik Ninja adalah sebanyak RM90 termasuk kompaun. 


(5) Buat bayaran melalui online banking kalau nak mudah. Tak perlu susah-susah ke kaunter untuk bayar.



(6) Apabila sudah selesai, pilih My Business Services > Renewal History dan paparan seperti gambar di bawah akan muncul. Tekan butang Action untuk lebih detail.



(7) Anda boleh terus download dan print SSM Certificate serta Busniess Info yang sudah diperbaharui. Jangan tunggu lama-lama sebab kedua-dua dokumen ini hanya valid untuk download selama 14 hari  sahaja selepas permohonan berjaya tauu.



Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda. Share jika bermanfaat! 😉

Share
Tweet
Pin
Share
1 Ninja
Assalamualaikum. 

Apa khabar sekalian rakyat yang berkurung di rumah? Semoga sihat-sihat sahaja! Tolong patuhi PKP dan amalkan langkah-langkah kebersihan ya. Sepanjang tempoh PKP ni, tiba-tiba sangat tekak ni craving K-Food! Hampir setiap hari Cik Ninja tengok channel masakan makanan Korea di Youtube. Tengok ASMR Cooking pula tu. Mencabar sungguh! 😂

Maka terhasil lah Tteokbokki pada hari ini dek kerana terlebih rajin. Apa tu Tteokbokki? Tteokbokki tu stir-fried rice cake. Ia bukanlah menu berat, tetapi merupakan street food yang famous di Korea. Kalau anda rajin tengok kdrama atau variety show, mesti pernah nampak kan benda ni! Jadi disebabkan craving tahap tak boleh dibawa berbincang, maka Cik Ninja decided untuk buat sendiri! Nak beli, jauh dari rumah. Nak upah rider belikan jauh-jauh, harga delivery pun lebih mahal dari harga makanan, aha! Jadi, nak jimat kenalah buat sendiri. Ini adalah third attempt Cik Ninja buat tteokbokki ni tau. Kali pertama dan kedua gagal. Sebab masa tu tak berapa pandai masak lagi! 🤣

Ok, tanpa buang masa jom kita tengok resepi buat Tteokbokki guna gochujang. Cik Ninja terus beli gochujang dari Agent OmmaSon yang berada berdekatan dengan rumah sebab tak nak tunggu postage minggu depan. 😂  Oleh kerana guna gochujang, rasa dia boleh tahan sama macam yang kat restoran Korea! Cuma, rice cake sahaja Cik Ninja buat sendiri sebab nak berjimat cermat, di samping dapat buat aktiviti uli menguli dengan adik-adik kecil. Guna apa yang ada di dapur je. Kalau anda malas, boleh beli di pasaraya. Pastikan ada logo halal ya baru beli!

CARA MUDAH DAN PANTAS BUAT RICE CAKE (떡)

Bahan-bahan:

  • Tepung Beras 200g
  • Tepung Pulut 150g
  • Sedikit Garam
  • Air Panas

Cara-cara:

  • Masukkan tepung beras, tepung pulut dan garam ke dalam satu bekas.
  • Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan gaul sehingga jadi doh. Pastikan adunan tidak lembik dan tidak keras.
  • Uli tepung jadi bentuk silinder seperti gambar yang akan ditunjukkan di bawah nanti.
  • Rebus di dalam air yang sedang mendidih sekitar 15 minit. Kalau rice cake dah timbul maksudnya dah masak la tu.
  • Sekiranya sudah masak, toskan lalu rendam dalam air sejuk selama 10 minit.
  • Extra: Kalau ada minyak bijan, masukkan sikit.

CARA BUAT TTEOKBOKKI (KURANG PEDAS)

Bahan-bahan:

  • Rice cake yang telah direbus (seperti di dalam bekas pink, bahagian kiri gambar)
  • 1 sudu sugar brown
  • 2 sudu gochujang (Korean Chili Paste: Cik Ninja guna jenama OmmaSon, pengeluar produk makanan Korea halal)
  • 1 sudu kochukaru (Korean Chili Flakes: jenama OmmaSon juga)
  • 1 sudu kicap
  • Fishcake
  • Daun bawang
  • Air 200ml
  • Extra: Telur rebus, cheese, bijan

Cara-cara:

  • Panaskan air 200ml di dalam periuk.
  • Masukkan sugar brown dan kacau hingga larut.
  • Masukkan gochujang, kochukaru, dan kicap. Kacau sehingga larut.
  • Masukkan rice cake, fish cake dan daun bawang. Biarkan selama 5 hingga 8 minit.
  • Kemudian masukkan telur rebus dan biarkan selama 2-5 minit sehingga kuah menjadi sedikit likat dengan sendirinya. 
  • Apabila sudah siap, hiaskan dengan telur rebus, daun bawang, cheese, dan bijan di atas tteokbokki tersebut.


Nota kaki:

Resepi ini adalah resepi mudah. Kalau ikut cara asal, kena massage adunan rice cake tu dan sebagainya, baru hasilkan tekstur yang mungkin lebih kenyal. Sukatan tepung pun sebenarnya ikut suka hati je 😅 ada juga sesetengah orang yang letak tepung ubi. Jadi terpulang pada anda untuk menghasilkan rice cake yang teksturnya macam mana. Part nak uli jadi silinder tu kena bersabar sikit! 

Sepanjang tempoh PKP ini marilah kita manfaatkan masa di rumah dengan membuat aktiviti berfaedah dan mendatangkan pahala, baik secara individu mahupun bersama keluarga. Duduk rumah je, jangan ke mana-mana ya! Semoga resepi mudah ini dapat membantu anda menghasilkan Tteokbokki dengan cara yang mudah tapi rasa seakan-akan restoran Korea! Kalau anda dah cuba resepi ni, tinggalkan komen di bawah ya 😉😊

Sehingga berjumpa lagi on the next post!

Rujukan:
Resepi Tteokbokki Nino's Home Channel


Share
Tweet
Pin
Share
2 Ninja

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak update (ayat cliche 🤫), hari ini Cik Ninja nak nak mula menulis kembali dengan publish satu post yang dah lama terperam dalam blog ini, iaitu Food Review! Makanan yang Cik Ninja nak review pada post ini tentang Restoran Chicken Plus.

Sebenarnya Cik Ninja teringin sangat makan K-Fry, tapi sebab faktor jauh dan kempunan yang amat sangat, sepupu Cik Ninja suggest makan kat Chicken Plus ni. Harganya sangat berbaloi. Cik Ninja dah repeat sebanyak 3 kali di tempat yang berbeza. Jadi, Cik Ninja nak share dengan anda berkenaan harga dan rasa untuk beberapa menu yang telah Cik Ninja cuba secara jujur ya. Paling penting, review ini adalah tidak berbayar okay! 😂


AMARAN: CIK NINJA TAK BERTANGGUNGJAWAB KALAU POST INI MEMBUAT ANDA RASA LAPAR 🤭


Chicken Plus, Central i-City Shah Alam, 22 April 2019.

Ini adalah kali pertama Cik Ninja makan di sini. Chicken Plus ni kebiasaannya terletak di sebelah Restoran Mr. Dakgalbi. Disebabkan cousin Cik Ninja recommend sangat tempat ini, jadi Cik Ninja decided untuk makan dengan rakan Cik Ninja di sini. Oleh kerana lapar sangat, tak sempat Cik Ninja nak tangkap gambar menu. Tapi Cik Ninja akan bagitau nama menu dan harganya sekali okay!

Menu: Boneless Yang-Nyeom Chicken | Harga: RM 29.00 | Saiz: Medium (lebih kurang 16 ketul ayam) | Add-on: Cheese Falls RM 9.00 | Rating: 5/5 🌟🌟🌟🌟🌟

Rasanya yang manis dan pedas-pedas manja sangat kena dengan tekak dan selera Cik Ninja. Kalau anda bukan penggemar makanan Korea, flavor ini amat disarankan oleh Cik Ninja. Memang sedap tau! Dan jangan lupa tambah Cheese Falls, biar ada rupa ala-ala K-Fry sikit 😂 (Cik Ninja tak sempat record masa dia tabur cheese tu)

Menu: Pepperoni Pizza | Harga: RM 23.00 | Rating: 4/5 🌟🌟🌟🌟

Roti pizza ni sedap dan lembut. Cuma cheese yang berlebihan membuat kami agak muak. Mungkin kerana kami makan Yang-Nyeom Chicken dengan cheese, jadi padanan itu agak tak kena. Overall, okay sahaja. 



Ini adalah gambar keseluruhan menu pilihan kami berdua. Side dishes yang mereka hidangkan ialah kobis dengan topping mayonnaise serta jeruk lobak putih. Rating untuk jeruk lobak putih ialah 5/5 manakala untuk kobis pula Cik Ninja nak bagi 3/5 sebab sayurnya agak pahit.

Gambar: Sony Xperia XZS, Edited using Adobe Lightroom + Snapseed

Chicken Plus, Central i-City Shah Alam, 14 Jun 2019.

Hai semua. Hari ini Cik Ninja makan lagi di Chicken Plus Central i-City. Kali ini Cik Ninja ajak adik dan cousins Cik Ninja pula untuk makan di sini. Ada beberapa menu baru yang Cik Ninja dah cuba tau. Senarai menu pun Cik Ninja sempat snap untuk tatapan kalian!


Inilah senarai menu di restoran Chicken Plus.




Step nak order pun dia dah bagi dah dalam menu tu. Mula-mula, pilih bahagian ayam yang kita nak, kemudian pilih flavor. Lepas itu boleh la nak add-on menu lain atau cheese dan sebagainya.

Kali ini, selain Yang-Nyeom Chicken yang merupakan kegemaran Cik Ninja, Cik Ninja order 2 menu lain untuk dicuba.


Menu: Boneless Hot Shocking Chicken | Harga: RM 29.00
Saiz: Medium (lebih kurang 16 ketul ayam) | Rating: 4/5 🌟🌟🌟🌟

Rasa flavor Hot Shocking ni pedas-pedas memang terkejut la pedas dia, sesuai dengan nama yang diberikan. Cuma time Cik Ninja makan ayam flavor ni, rasa dia ada macam paprik sikit. Pelik, tapi itulah yang Cik Ninja rasa! Memang beza dengan Yang-Nyeom tu. Dan Cik Ninja rasa flavor ni tak sesuai dipadankan dengan Cheese Fall kalau anda seorang penggemar makanan pedas. Nanti hilang rasa pedas tu. Overall, ayam ni okay sahaja. Kepedasannya bukanlah tahap melampau. 

Menu: Ho-ro-rok Tteok Bboki | Harga: RM 20.00 | Rating: 5/5 🌟🌟🌟🌟🌟

Menu ini paling fav! Dalam banyak-banyak tteokbbokki yang Cik Ninja pernah rasa, I have to say tteokbbokki kat Chicken Plus ni lah yang paling lembut dan senang kunyah. Kuah dia sangat sedap, fish cake dia pun banyak! Paling best, ada tteokbbokki yang ada cheese kat dalam dia. So bila kunyah tu, Ma Shaa Allah! 🤤
Gambar: Samsung Galaxy A30 Edited using by Adobe Lightroom + Snapseed

Kesimpulannya, menu kali ini Cik Ninja kongsi dengan cousins seramai 7 orang termasuk Cik Ninja. Memang berbaloi sangatlah. Makan ramai-ramai lagi nikmat tau! Nikmat kasih sayang gitu, selain daripada nikmat makan sedap! Jadi, Cik Ninja recommend tempat ini pada anda yang baru nak try makan di restoran Chicken Plus. Akan datang, Cik Ninja akan review Chicken Plus di tempat lain pula.

See you on the next post!

Share
Tweet
Pin
Share
No Ninja
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Full time student | Part time blogger

Cik Ninja Sepet; Sukakan kedamaian dan selalu berangan menjadi penulis buku tetapi hari-hari sibuk menonton k-drama.

Followers

POPULAR POST

  • Persiapan Menyambut Ramadhan
  • Food Review : Chicken Plus
  • Resepi : Tteokbokki Simple (Guna Gochujang)
  • Cara Mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan dengan SSM

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (4)
    • ▼  June 2020 (1)
      • Cara Buka Akaun SSPN Secara Online
    • ►  May 2020 (1)
      • Cara Renew Sijil SSM Secara Online Guna EzBiz SSM
    • ►  March 2020 (1)
      • Resepi : Tteokbokki Simple (Guna Gochujang)
    • ►  February 2020 (1)
      • Food Review : Chicken Plus
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2012 (4)
    • ►  August 2012 (2)
    • ►  March 2012 (2)

Tabung Cik Ninja

Created with by ThemeXpose | Edited by Cik Ninja