NINJA SEPET © 2012-2019. Powered by Blogger.
  • Home
  • Tutorial
    • Blog
    • Photoshop
    • Freebies
  • Resepi
  • Review
  • Business
    • Abaya Niqab
    • Teega Snack
    • ShiroiPay
    • Shopee
    • Tempahan Edit
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ηιηנα


Assalamualaikum.

Menjelang beberapa jam sahaja lagi, kita akan bertemu dengan tetamu mulia kita iaitu bulan Ramadhan. Semoga Allah menyampaikan kita ke dalam bulan yang mulia ini. Allahumma Aamiin. 

Bagaimana persiapan kita untuk menyambut Ramadhan? 
Cik Ninja pasti, daripada segi zahirnya ada yang sudah bersiap sedia. Rumah sudah dikemas, langsir diganti baru, sarung kusyen pun ditukar sama. Malah, persiapan untuk raya pun hampir selesai. Baju raya juga sudah siap-siap dibeli. 

Ada yang bertanya mengapa terlalu awal membuat persiapan raya? 
Sebenarnya bagi Cik Ninja ia bukanlah persiapan raya, tetapi merupakan antara persiapan di dalam menyambut bulan Ramadhan. Sedarkah kita bahawa bulan Ramadhan ini merupakan tetamu istimewa yang hadir hanya sekali di dalam setahun? Ramadhan merupakan tetamu yang membawa rahmat. Jadi, untuk kita menyambut baik rahmat yang dibawa itu, wajarlah kita mempersiapkan rumah kita di dalam keadaan yang bersedia untuk menyambut tetamu. 

Bayangkan begini. Jika ada kawan-kawan kita ingin datang menziarahi kita di rumah, adakah kita akan membiarkan rumah kita di dalam keadaan bersepah? Apabila kawan kita hampir pulang barulah kita sibuk-sibuk ingin mengemas. Bukankah keadaan itu membuatkan tetamu berasa tidak selesa seolah disuruh pulang dengan segera. 

Nah, begitulah juga keadaannya dalam menyambut Ramadhan. Seharusnya kita bersedia awal-awal lagi. Antara tips yang boleh kita amalkan supaya dapat lebih memberikan tumpuan kepada amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan adalah dengan mempersiapkan segala keperluan raya sebelum bulan Ramadhan lagi. Apabila sudah siap semuanya di awal Ramadhan, tidaklah kalut mencari baju raya di hujung-hujung Ramadhan yang mana sepatutnya lebih banyak dihabiskan untuk amal ibadah. Namun itu hanya sekadar option sahaja. Pilihan di tangan anda.

Mari kita sama-sama muhasabah...

Bagaimana pula dengan persiapan kerohanian aku dalam menyambut Ramadhan?...

Adakah aku sekadar rasa excited, sekadar tak sabar tanpa sebarang persediaan?...

Apakah bulan persediaan Rejab dan Syaaban itu cukup untuk aku mempersiapkan diri?...

Ramai di antara kita mempunyai azam Ramadhan masing-masing. Ada juga yang membuat jadual atau planner khusus untuk bulan Ramadhan. Checklist qiamullail, checklist solat tak tinggal, checklist solat-solat sunat, mengaji, tutup aurat, tidak mencarut, dan sebagainya yang Ma Shaa Allah, Tabarakallah semuanya hebat-hebat belaka. Bersungguh-sungguh nak tambah amalan dan kejar pahala.

Namun terkadang tanpa kita sedar setelah Ramadhan berlalu, kita kembali dengan akhlak yang lama. Checklist Ramadhan entah ke mana. Lisan sudah tidak terjaga. Aurat pula sudah tidak sesempurna di bulan Ramadhan. Malah, ada yang langsung meninggalkan amalan-amalan baik yang sudah dilakukan pada bulan Ramadhan. Mengapakah hal ini boleh terjadi?

Adakah aku melakukan kebaikan hanya kerana bulan Ramadhan?...

Adakah aku ini hamba kepada Ramadhan?...

Tidak salah untuk membuat jadual khusus pada bulan Ramadhan, malah ianya merupakan usaha yang  amat baik. Tetapi, marilah kita sama-sama memperbetulkan niat kita. Sentiasa ingatkan diri kita supaya membuat amal kebaikan kerana Allah, bukan kerana bulan Ramadhan. Semoga dengan niat yang betul itu dapat mendorong kita untuk terus menambah amalan ibadah kita meskipun bukan di dalam bulan Ramadhan. 

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama menambah amal kebaikan bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi pada bulan-bulan lain juga. Ingat, jangan jadi hamba Ramadhan. Tetapi jadilah hamba Allah yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan menambah amalan kebaikan untuk mendapat redha-Nya.

Selamat menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat sunat tarawih malam ini 😉


*All GIFs in this post credit to Google
Share
Tweet
Pin
Share
1 Ninja
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kepada mahasiswa mahasiswi yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di luar sana, sama ada secara online atau offline, adakah kalian sudah mendaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)?

Haa, jangan ingat berniaga kecil-kecilan tidak perlu untuk daftar SSM ya!

Cik Ninja nasihatkan supaya daftarlah perniagaan kalian cepat-cepat walaupun berniaga kecil-kecil secara online.


Apa kelebihan daftar perniagaan dengan SSM?

Berikut ialah antara kelebihan mendaftar SSM. 

1. MUDAH DAN MURAH
Proses yang sangat mudah, lebih lagi dengan wujudnya perkhidmatan secara online. Segalanya di hujung jari sahaja. Kalau pergi kaunter di pejabat SSM pun, servisnya sangat pantas walaupun ramai orang. Pendaftaran pula PERCUMA untuk mahasiswa IPT yang mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Best bukan? Kalau anda bukan student pun cuma bermodalkan lebih kurang RM60 sahaja setahun!

2. LEBIH DIPERCAYAI
Dengan pelbagai jenis tipu daya dan scam dalam perniagaan sekarang, para pembeli mesti akan lebih berjaga-jaga dalam memilih peniaga. Apabila kita telah berdaftar dengan SSM, pembeli pasti lebih yakin dan percaya untuk beli produk atau barang perniagaan kita. Tunjukkan nombor pendaftaran secara terang tang-tang agar tiada keraguan. Pembeli sendiri boleh menilai sama ada anda boleh dipercayai atau tidak. Kalau peniaga yang suka scam orang ni, agak-agaknya mereka berdaftar tak dengan SSM? 🤔

3. BOLEH BUKA AKAUN SEMASA
Apabila sudah berdaftar dengan SSM, anda boleh apply untuk buka Akaun Semasa atau Current Account untuk syarikat anda. Sebenarnya penting untuk kita asingkan akaun peribadi atau akaun simpanan kita dengan akaun semasa. Tak adalah kita 'ter'guna duit di dalam akaun simpanan tu. Cik Ninja pernah baca juga yang kalau banyak sangat transaksi keluar masuk dalam akaun simpanan kita, boleh jadi akaun itu akan dibekukan atau diblok terus oleh pihak bank. Jadi, lebih baik buka akaun semasa khusus untuk perniagaan ya!

4. TERTAKLUK PADA UNDANG-UNDANG
Bila berdaftar dengan SSM ni, perniagaan kita akan dikenali sebagai sebuah entiti yang sah. Kalau ada apa-apa masalah semasa berurusan, kita pun ada dokumen untuk buat laporan atau buat tuntutan. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ada menyatakan bahawa sebarang pernigaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya.

5. SEBAGAI MOTIVASI DI DALAM PERNIAGAAN
Bila sudah berdaftar ni, secara automatik kita akan lebih bermotivasi untuk menguruskan perniagaan kita dengan lebih tersusun. Urusan untuk memohon dana atau geran bagi tujuan memajukan perniagaan juga lebih mudah dengan adanya dokumen yang sah.

Banyak kan kelebihan yang kita boleh dapat dengan mendaftarkan perniagaan dengan SSM ni? Tak ada lah takut-takut kalau terjadi apa-apa kan. Kelebihan-kelebihan ini Cik Ninja petik dari blog SirapLimau.


Cara mendaftar EzBiz SSM

EzBiz merupakan portal yang digunakan untuk mendaftarkan perniagaan secara online.

Berikut merupakan langkah-langkah mudah beserta gambar. Cara ini boleh diikuti sekiranya anda ingin menjimatkan masa anda yang begitu berharga!

(1) Buka link https://ezbiz.ssm.com.my/? dan Sign Up. ID tu nombor kad pengenalan kita tau!


Bila dah selesai isi, tekan Register dan anda akan dapat notifikasi seperti ini pada e-mail anda.



(2) Bila dah terima e-mail berupa di atas, pergi ke kaunter SSM yang berdekatan di tempat anda untuk aktifkan ID dengan cara membuat pengesahan cap jari. Beberapa minit selepas buat pengesahan cap jari, anda akan dapat notifikasi lagi yang menyatakan bahawa akaun EzBiz anda telah aktif. 


Ikut tips ini. Sign up siap-siap di rumah, sahkan ID di kaunter SSM. Proses pengesahan ini hanya dibuat sekali seumur hidup. Selepas itu, anda boleh daftarkan perniagaan anda secara online sahaja!


Cara mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan dengan SSM

Kebelakangan ini timbul kesedaran di dalam diri Cik Ninja untuk mendaftarkan perniagaan Cik Ninja. Cik Ninja memang suka berniaga sejak zaman sekolah lagi. Walaupun secara kecil-kecilan, penting untuk kita mendaftarkan perniagaan kita ini. Lebih-lebih lagi dengan adanya Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan daripada SSM ini, agak rugi sekiranya mahasiswa mahasiswi yang ada perniagaan kecil tidak mengambil peluang ini. Pendafaran percuma weh!

Pagi tadi selesai sahaja Cik Ninja sahkan ID EzBiz, terus Cik Ninja daftarkan perniagaan Cik Ninja secara online sahaja.

(1) Sign in ID EzBiz, pilih My Business Services > New Business.


(2) Lengkapkan Main Information.
Bagi Name Type, pilih Personal Name jika anda ingin daftarkan nama perniagaan menggunakan nama anda sendiri. Trade Name pula sekiranya anda ingin daftarkan nama perniagaan selain daripada nama anda.



Pilih Incentive Student sekiranya anda mendaftar skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Sila pilih YES untuk Business Info.


(2) Isi alamat cawangan sekiranya berkaitan.


(3) Isi jenis perniagaan anda. Minimum 1 dan maksimum 3 jenis. Anda boleh membuat carian di bahagian kod bisnes yang telah disediakan sebagai rujukan.


(4) Sekiranya anda mempunyai rakan kongsi, masukkan maklumat rakan kongsi anda, dengan syarat rakan anda juga merupakan seorang pelajar.


(5) Sertakan gambar Surat Pengesahan Pelajar, Kad Matrik, dan IC anda di dalam satu fail dengan menggunakan formatkan PDF.


(6) Buat bayaran melalui online banking sambil goyang kaki dan hirup kopi secawan. ☕

Sekiranya anda mendaftar dengan nama sendiri, jumlah bayarannya adalah sebanyak RM30, manakala nama selain nama anda adalah sebanyak RM60.

Semudah alif ba ta, bukan? Dan tengoklah sendiri, memang percuma! 

Tapi kena ingat, percuma ini untuk tempoh setahun sahaja. Nanti kalau nak renew untuk tahun seterusnya, kena bayar RM60 macam biasa okay. 😉

Business Info tu beli siap-siap, ada caj tambahan RM10 sahaja. Itu pun percuma juga tau kalau daftar di bawah skim ini. Kalau anda beli asing, kena caj RM15.

Apa gunanya Business Info ni? Ia berguna ketika kita nak apply untuk buka akaun semasa nanti. 

Nah, sekarang kita hanya perlu tunggu nama perniagaan kita untuk diluluskan sahaja!

Semoga panduan ini bermanfaat untuk kalian. Share jika bermanfaat! 😉

Share
Tweet
Pin
Share
34 Ninja
Assalamualaikum.

Seperti yang kita tahu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 atau Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) sedang berlangsung selama 10 hari bermula dari 29 Mac 2019 sehingga 7 April 2019 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Hari ini merupakan hari terakhir tau!

Sejak minggu akhir semester 4 lagi Cik Ninja sudah merancang untuk berkunjung ke KLIBF. Sambil ulangkaji untuk peperiksaan akhir semester, kepala sibuk memikirkan buku-buku apa yang bakal dibeli nanti. Haha! Jangan contohi sikap ini ya adik-adik. Alhamdulillah, dapat juga jejakkan kaki ke syurga buku buat ulat-ulat buku dan yang tak berapa nak ulat macam Cik Ninja ini. 😝


Seperti biasa lah, Cik Ninja memang akan mewajibkan diri Cik Ninja untuk mengunjungi KLIBF pada setiap tahun. Ini kerana Cik Ninja ingin berjumpa dengan penulis kegemaran Cik Ninja sejak di bangku sekolah, iaitu Kak Ain Maisarah. Cik Ninja pergi dengan menaiki KTM dan LRT sahaja! Tetapi sayang, kerana Kak Ain Maisarah tidak menyertai KLIBF pada tahun ini. Namun begitu, Cik Ninja direzekikan membeli buku-buku dari Iman Publication dan Galeri Ilmu. Alhamdulillah! Seperti dalam gambar di atas, itu merupakan hasil tangkapan Cik Ninja di KLIBF tempoh hari. 2 plastik beg dari Iman Publication dan 1 beg dari Galeri Ilmu.


Ini merupakan 6 buah buku yang Cik Ninja beli di KLIBF tempoh hari. Cik Ninja letak harga siap-siap di sini ya untuk rujukan sesiapa yang berminat untuk membeli buku-buku ini.

1. Nota Kewangan Sentap - Harith Faisal (Galeri Ilmu) : RM24 [Discount 20%, Normal Price RM30]
2. Tip Kewangan Viral - Syafieqah Alya (Galeri Ilmu) : RM24 [Discount 20%, Normal Price RM30]
3. Unshakeable - Aiman Azlan (Iman Publication) : RM24
4. How Are You - Aiman Amri dan Aiman Azlan (Iman Publication) : RM25
5. Kombo Buku Baru Teme Abdullah - Teme Abdullah (Iman Publication) : RM55

Sebagai peminat karya Teme Abdullah, buku Teme ini Cik Ninja telah pre-order awal-awal lagi di website Iman Publication. Jadi, Cik Ninja tinggal pick-up sahaja di pesta buku. Dapat bookmark pula tu daripada Teme! 😍



Maka lengkaplah koleksi buku-buku Teme dengan bertambahnya 2 buku baru pada tahun ini! Semoga Teme terus bersemangat untuk menulis dan menghasilkan karya-karya yang sangat bermotivasi sebegini!

In shaa Allah, ada masa Cik Ninja akan baca dan tulis review untuk berkongsi dengan kalian ya. Sebenarnya, Cik Ninja sudah fikirkan siap-siap buku-buku yang ingin dibeli; buku kewangan, motivasi, kesihatan mental, psikologi, dan buku Teme. (🤣) Ini juga tips supaya tidak berlaku pembaziran semasa membeli (walaupun ada terlebih beli juga sebenarnya, hehe)

Sekian, selamat membaca kepada yang telah membeli buku banyak-banyak di pesta buku! 👻
Share
Tweet
Pin
Share
No Ninja
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Full time student | Part time blogger

Cik Ninja Sepet; Sukakan kedamaian dan selalu berangan menjadi penulis buku tetapi hari-hari sibuk menonton k-drama.

Followers

POPULAR POST

  • Persiapan Menyambut Ramadhan
  • Food Review : Chicken Plus
  • Cara Mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan dengan SSM
  • Resepi : Tteokbokki Simple (Guna Gochujang)

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (4)
    • ▼  June 2020 (1)
      • Cara Buka Akaun SSPN Secara Online
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  March 2020 (1)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ►  2012 (4)
    • ►  August 2012 (2)
    • ►  March 2012 (2)

Tabung Cik Ninja

Created with by ThemeXpose | Edited by Cik Ninja