NINJA SEPET © 2012-2019. Powered by Blogger.
  • Home
  • Tutorial
    • Blog
    • Photoshop
    • Freebies
  • Resepi
  • Review
  • Business
    • Abaya Niqab
    • Teega Snack
    • ShiroiPay
    • Shopee
    • Tempahan Edit
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

ηιηנα


Assalamualaikum.

Anda pernah tak cuba copy sesuatu daripada blog sesiapa dengan menekan right click dan akhirnya anda kecewa, kerana tidak dapat copy sebab tak boleh tekan right click pun! Bila tekan right click, siap ada amaran keras jangan copy pula tu! 😣 Ini kerana, pemilik blog tersebut telah men-disable-kan right click beserta mesej pada blog beliau. Namun, di sebalik kekecewaan itu, anda pun terfikir untuk melakukan hal yang sama pada blog anda agar penulisan di dalam blog anda tidak dapat dicopy dan diciplak sesuka hati. 🤔


Apa yang akan terjadi sekiranya anda disable right click beserta mesej pada blog anda? 🤔
Sudah tentulah para pembaca blog anda tidak boleh tekan right click dan sukar untuk copy penulisan di dalam blog anda. Setiap kali mereka tekan right click, muncul pula amaran keras daripada anda yang tidak membenarkan copy. 👻

Namun, sekarang tiada masalah pun untuk copy sekiranya tidak boleh tekan right click. Anda hanya perlu tekan Ctrl + C secara serentak!

Namun sekali lagi, anda agak kecewa kerana tidak tahu bagaimana ingin membuat disable right click beserta mesej pada blog anda. Tidak mengapa, hari ini Cik Ninja akan ajar anda bagaimana untuk buat Disable Right Click With Message tersebut. Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Langkah Pertama: Log in ke blog anda dan pergi ke bahagian Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript.

Langkah Kedua: Copy kod di bawah ini.

<script language=JavaScript>
<!--

//edit by unwanted


var message="Mesej / Amaran anda";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>
Anda tak boleh tekan right click dalam blog Cik Ninja? Jangan panik, anak-anak. Sebab Cik Ninja pun disable right click pada blog Cik Ninja sendiri 😂  Sila tekan Ctrl + C untuk copy kod tersebut ya!

Langkah Ketiga: Paste kod yang anda copy sebentar tadi pada ruangan html/javascript yang telah anda buka tadi.

Langkah Keempat: Tukarkan perkataan yang Cik Ninja merahkan di dalam kod itu kepada ayat amaran anda atau apa-apa yang anda suka. Contoh: DILARANG COPY. Ha barulah orang rasa serba salah sikit nak copy. 😅

Selesai!

Semudah ABC, bukan? Selamat mencuba tutorial ini dan semoga berjaya!


Share
Tweet
Pin
Share
No Ninja
Assalamualaikum.

Hari ini Cik Ninja nak ajar macam mana nak buat corak dalam huruf. Mungkin ada sebahagian daripada anda yang dah tahu cara ini.

Langkah Pertama: Sila buka software Photoshop terlebih dahulu. Tekan file > new. Kemudian, isikan saiz yang anda mahukan. Cik Ninja letak 650x500 pixels sahaja sebagai contoh tutorial. Anda boleh letak seberapa besar atau kecil saiz yang anda mahukan.



Langkah Kedua: Pilih horizontal type tool, kemudian taipkan apa-apa sahaja perkataan yang anda inginkan. Cik Ninja letakkan nama Choi Soo Young sebagai bahan tutorial.



Langkah Ketiga: Tekan file > open. Pilih gambar yang anda berkenan untuk jadikan corak di dalam huruf atau perkataan yang telah anda taip tadi. Kemudian, drag gambar tersebut ke atas perkataan yang anda taip tadi. Hasilnya gambar yang anda drag tadi akan overlap dengan perkataan anda seperti di dalam gambar ini.



Langkah Keempat: Lihat pada kotak kanan, ada layer gambar tu kan. Right click pada layer gambar tersebut kemudian tekan create clipping mask.


Hasilnya, anda akan dapat seperti gambar di bawah ini. Anda juga boleh edit perkataan tersebut dengan menambah Stroke, Drop Shadow, dan sebagainya mengikut citarasa anda.




Langkah Kelima: Seperti gambar di atas, Cik Ninja telah tambahkan outline atau stroke pada perkataan tersebut supaya perkataan kelihatan lebih jelas dan tidak kosong. Sekiranya anda juga menginginkan stroke pada perkataan anda, right click pada layer tulisan yang berada di kotak sebelah kanan tersebut, kemudian tekan blending options > stroke.

Siap! Anda boleh save gambar tersebut. File > Save for Web & Devices > PNG/JPEG/GIF.


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!


*Nota kaki: Anda juga boleh gunakan tutorial ini untuk design header blog anda secara simple tau!
Share
Tweet
Pin
Share
1 Ninja

Assalamualaikum.

Kalau anda bosan dengan scroll bar anda sekarang dan anda nak tukar warna scroll bar macam gambar di atas, anda boleh ikut langkah ini. 

Langkah Pertama: Login > Dasboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates
Langkah Kedua: Cari kod ni :      
]]></b:skin>
Langkah Ketiga: Kemudian, copy kod dibawah ini , paste di atas kod ]]></b:skin> tadi.
::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #ffffff;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #FF6699;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
border: 1px solid #ffffff;
}

Tulisan bewarna MERAH itu ialah kod warna. Anda boleh tukar warna itu mengikut citarasa anda dengan menggunakan kod warna di SINI.

Langkah Keempat: Preview dan SAVE setelah anda berpuas hati.


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Share
Tweet
Pin
Share
3 Ninja

Assalamualaikum.

Hari ini Cik Ninja nak ajar anda semua bagaimana nak letak ayat seperti di dalam gambar di atas di bawah post anda. Contohnya; ucapan terima kasih. Dengan cara ini, ucapan terima kasih ini akan automatik berada di bawah post anda setiap kali anda post sesuatu. Tidak perlu lagi untuk menaip terima kasih berulang kali. Mudah sahaja step kali ini.

Langkah Pertama: Log in ke blog anda dan pergi ke bahagian Dashboard > Design > Edit HTML.

Langkah Kedua: Tick Expand Widget Template.

Langkah Ketiga: Tekan Ctrl + F dan cari kod di bawah ini:
<data:post.body/>

Langkah Keempat: Copy kod di bawah ini:
<hr/><center>AYAT SENDIRI</center><hr/>

Langkah Kelima: Paste di bawah kod  <data:post.body/> tadi.

Langkah Keenam: Sila preview terlebih dahulu sebelum anda save.

Langkah Ketujuh: Sekiranya menjadi, bolehlah anda save dengan riang gembira.


Semoga tutorial ini bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba!

Share
Tweet
Pin
Share
No Ninja
Newer Posts

About Me

About Me

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Full time student | Part time blogger

Cik Ninja Sepet; Sukakan kedamaian dan selalu berangan menjadi penulis buku tetapi hari-hari sibuk menonton k-drama.

Followers

POPULAR POST

  • Persiapan Menyambut Ramadhan
  • Food Review : Chicken Plus
  • Resepi : Tteokbokki Simple (Guna Gochujang)
  • Cara Mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan dengan SSM

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (4)
    • ►  June 2020 (1)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  March 2020 (1)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (4)
  • ▼  2012 (4)
    • ▼  August 2012 (2)
      • Tutorial : Disable Right Click With Message
      • Photoshop : Corak Dalam Huruf
    • ►  March 2012 (2)
      • Tutorial : Tukar Warna Scroll Bar
      • Tutorial : Letak Ayat Bawah Post

Tabung Cik Ninja

Created with by ThemeXpose | Edited by Cik Ninja