Assalamualaikum.
Apa khabar sekalian rakyat yang berkurung di rumah? Semoga sihat-sihat sahaja! Tolong patuhi PKP dan amalkan langkah-langkah kebersihan ya. Sepanjang tempoh PKP ni, tiba-tiba sangat tekak ni craving K-Food! Hampir setiap hari Cik Ninja tengok channel masakan makanan Korea di Youtube. Tengok ASMR Cooking pula tu. Mencabar sungguh! 😂
Maka terhasil lah Tteokbokki pada hari ini dek kerana terlebih rajin. Apa tu Tteokbokki? Tteokbokki tu stir-fried rice cake. Ia bukanlah menu berat, tetapi merupakan street food yang famous di Korea. Kalau anda rajin tengok kdrama atau variety show, mesti pernah nampak kan benda ni! Jadi disebabkan craving tahap tak boleh dibawa berbincang, maka Cik Ninja decided untuk buat sendiri! Nak beli, jauh dari rumah. Nak upah rider belikan jauh-jauh, harga delivery pun lebih mahal dari harga makanan, aha! Jadi, nak jimat kenalah buat sendiri. Ini adalah third attempt Cik Ninja buat tteokbokki ni tau. Kali pertama dan kedua gagal. Sebab masa tu tak berapa pandai masak lagi! 🤣
Ok, tanpa buang masa jom kita tengok resepi buat Tteokbokki guna gochujang. Cik Ninja terus beli gochujang dari Agent OmmaSon yang berada berdekatan dengan rumah sebab tak nak tunggu postage minggu depan. 😂 Oleh kerana guna gochujang, rasa dia boleh tahan sama macam yang kat restoran Korea! Cuma, rice cake sahaja Cik Ninja buat sendiri sebab nak berjimat cermat, di samping dapat buat aktiviti uli menguli dengan adik-adik kecil. Guna apa yang ada di dapur je. Kalau anda malas, boleh beli di pasaraya. Pastikan ada logo halal ya baru beli!
CARA MUDAH DAN PANTAS BUAT RICE CAKE (떡)
Bahan-bahan:
- Tepung Beras 200g
- Tepung Pulut 150g
- Sedikit Garam
- Air Panas
Cara-cara:
- Masukkan tepung beras, tepung pulut dan garam ke dalam satu bekas.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan gaul sehingga jadi doh. Pastikan adunan tidak lembik dan tidak keras.
- Uli tepung jadi bentuk silinder seperti gambar yang akan ditunjukkan di bawah nanti.
- Rebus di dalam air yang sedang mendidih sekitar 15 minit. Kalau rice cake dah timbul maksudnya dah masak la tu.
- Sekiranya sudah masak, toskan lalu rendam dalam air sejuk selama 10 minit.
- Extra: Kalau ada minyak bijan, masukkan sikit.
CARA BUAT TTEOKBOKKI (KURANG PEDAS)
Bahan-bahan:
- Rice cake yang telah direbus (seperti di dalam bekas pink, bahagian kiri gambar)
- 1 sudu sugar brown
- 2 sudu gochujang (Korean Chili Paste: Cik Ninja guna jenama OmmaSon, pengeluar produk makanan Korea halal)
- 1 sudu kochukaru (Korean Chili Flakes: jenama OmmaSon juga)
- 1 sudu kicap
- Fishcake
- Daun bawang
- Air 200ml
- Extra: Telur rebus, cheese, bijan
Cara-cara:
- Panaskan air 200ml di dalam periuk.
- Masukkan sugar brown dan kacau hingga larut.
- Masukkan gochujang, kochukaru, dan kicap. Kacau sehingga larut.
- Masukkan rice cake, fish cake dan daun bawang. Biarkan selama 5 hingga 8 minit.
- Kemudian masukkan telur rebus dan biarkan selama 2-5 minit sehingga kuah menjadi sedikit likat dengan sendirinya.
- Apabila sudah siap, hiaskan dengan telur rebus, daun bawang, cheese, dan bijan di atas tteokbokki tersebut.
Nota kaki:
Resepi ini adalah resepi mudah. Kalau ikut cara asal, kena massage adunan rice cake tu dan sebagainya, baru hasilkan tekstur yang mungkin lebih kenyal. Sukatan tepung pun sebenarnya ikut suka hati je 😅 ada juga sesetengah orang yang letak tepung ubi. Jadi terpulang pada anda untuk menghasilkan rice cake yang teksturnya macam mana. Part nak uli jadi silinder tu kena bersabar sikit!
Sepanjang tempoh PKP ini marilah kita manfaatkan masa di rumah dengan membuat aktiviti berfaedah dan mendatangkan pahala, baik secara individu mahupun bersama keluarga. Duduk rumah je, jangan ke mana-mana ya! Semoga resepi mudah ini dapat membantu anda menghasilkan Tteokbokki dengan cara yang mudah tapi rasa seakan-akan restoran Korea! Kalau anda dah cuba resepi ni, tinggalkan komen di bawah ya 😉😊
Sehingga berjumpa lagi on the next post!
Rujukan: